EKONOMI RUMAH TANGGA

Posted in Uncategorized on April 13, 2011 by ainunbadriah

APA ITU SUBJEK  

EKONOMI RUMAH TANGGA?….

Ekonomi Rumah Tangga (ERT) ialah satu mata pelajaran elektif di Sekolah Menengah Atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini memastikan wujudnya kesinambungan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah.

Bidang pengajian ini berbentuk gunaan dan developmental. Oleh itu kurikulum ini disusun supaya bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Mata pelajaran  ERT membekalkan murid dengan pengetahuan dan keupayaan mengembangkan kemahiran dalam penggunaan sumber bagi meningkatkan kualiti hidup. ERT juga memupuk minat dan kecenderungan murid supaya menjadi individu yang berdikari, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, peka kepada perkembangan teknologi dan ekonomi semasa. Dengan itu mereka dapat mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga dan masyarakat.

Pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap melalui mata pelajaran ini membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan serta berkeupayaan membuat keputusan mengikut keperluan semasa dan akan datang.

MATLAMAT

Matlamat ERT adalah untuk  membekalkan pengetahuan dan kemhiran bagi meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ERT, pemupukan nilai murni dan pendekatan KBKK diberi penekanan dalam usaha melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengetahuan dan kemahiran ERT dikuasai melalui penerokaan bidang makanan dan pemakanan, pakaian, tempat kediaman, kekeluargaan dan hidup berkomuniti. Penguasaan ini dapat menyedarkan murid untuk mengenal pasti dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan yang sentiasa berubah. Kurikulum ini juga mampu membentuk murid yang celik teknologi supaya dapat menyumbangkan secara optimum dan berkesan kepada pembangunan masyarakat.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Ekonomi Rumah Tangga berasaskan kepada tiga aspek iaitu teknologi, pengurusan dan pembangunan manusia. Aspek teknologi lebih menitikberatkan kepada sumber manusia dan bukan manusia. Aspek pengurusan lebih berfokus pada tujuan dan matlamat pemgurusan, perancangan dan organisasi serta penilaian. Manakala aspek pembangunan manusia, menitikberatkan nilai murni, pengayaan kendiri dan keceriaan serta keselamatan. Dalam proses pengajaran pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga, unsur nilai murni dan keusahawanan diberi penekanan merentas tiga bidang, iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian, dan Keluarga dan Tempat Kediaman.

Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini berorientasikan hans-on dan minds-on, serta mengambilkira potensi murid di samping memberi memberi penekanan ke arah melahirkan individu yang kritis, kreatif dan inovatif agar berupaya membuat keputusan yang bijak ke arah pembangunan masyarakat yang seimbang, berdikari dan berketrampilan.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.